Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir peniaga tempatan menyalahkan golongan selebriti yang tidak membantu mempromosikan produk mereka.

Menurut Uqasha, peniaga tempatan sepatutnya berterus-terang sekiranya mahu selebriti mengulas produk yang dihantar kepada mereka.

Tidak seharusnya peniaga mengelirukan penerima produk dengan mengatakan produk diberikan sebagai hadiah.

“Salam semua, kalau ikhlas nak bagi gift cakap gift jangan harapkan review or anything. Jatuh tak ikhlas.

“Even gift pun saya selalu post di IGS (Instagram Story) tanda terima kasih.

“Serik berapa kali kena, kita nak tolong seller-seller tempatan tapi kita pula kena balik,” katanya.

Bagaimanapun kata Uqasha, teguran tersebut dibuat secara terbuka dan tidak ditujukan kepada individu tertentu.

“Tak tuju kepada sesiapa, cuma berterus-terang,” katanya.