Pelakon MK K-Clique mengakui ‘malu-malu’ jika pertama kali bertemu dengan selebriti atau karyawan yang lebih berpengalaman daripadanya.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, hal itu yang berlaku ketika dia mula-mula memasuki set penggambaran filem terbaharunya, Bunga Dan Kayu.
“Saya memang begini, awal-awal memang malu. Lebih-lebih lagi kalau jumpa orang yang berpengalaman, automatik jadi segan.
“Tapi alhamdulillah, barisan pelakon Bunga Dan Kayu begitu humble sehingga menyebabkan saya mudah beradaptasi dengan keadaan.
“Mereka begitu baik dan sudi untuk memberikan tunjuk ajar kepada saya. Akhirnya, saya menjadi selesa dengan mereka,” katanya kepada Gempak.
Ditanya pula mengenai cabaran yang dilalui ketika sesi penggambaran, MK berkata, dia tidak melihat hal sukar sebagai cabaran, sebaliknya satu proses pembelajaran.
“Sebenarnya saya tidak lihat perkara yang sukar sebagai cabaran. Sebagai contoh cara percakapan saya yang masih ada dialek orang Sabah. Cuma, saya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran.
“Apabila mula berlakon dengan yang lain, saya perlahan-lahan belajar banyak perkara baharu dan ia satu perkembangan yang sangat memberansangkan,” katanya lagi.
Filem ini mengisahkan tentang Noah (lakonan MK K-Clique) seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga (Azira Shafinaz) sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah.
Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1,001 bencana, bukan hanya pada Bunga tetapi Noah juga.
Selain MK, dan Azira, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin dan Yazmin Aziz.
Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Izwan Isa
Sun May 08 2022


“Siapa Yang Tahu, Tahu..” - Video Mengaji Tular, MK Tak Mahu Kongsi Kisah Peribadi
Tak mahu menunjuk.

Baring Dalam Kubur, Badan Aishah Ilias Tumbuh Gelembung Gatal... Pengarah Dedah Kerap Berdepan Gangguan Mistik Ketika Penggambaran Filem Musyrik!
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik - Api Neraka Menantimu!

Penyanyi I Believe I Can Fly Dipenjara 10 Tahun Kerana Jenayah Seksual
Penyanyi R Kelly akhirnya dijatuhi hukuman penjara sekurangnya sedekad atau 10 tahun selepas didapati bersalah melakukan jenayah seks.

The House Kamal Uqasha | “This Trip Is Just A Beginning ”| Episod 10
Keluarga Uqasha dan Kamal sediakan satu kejutan untuk mereka. Kamal dan Uqasha nikmati makan malam romantis sambil terkenang apa yang mereka lakukan dalam roadtrip ini. Tonton episod penuh di Astro Ria atau korang boleh strim di Astro Go dan VOD sekarang! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Layari gempak.com/thehouse untuk video menarik! #AstroGempak #TheHouseKamalUqasha

Sindir Pub Holywings, Kedai Beri Bakso Percuma Pada Muhammad & Maryam
Pub Holywings di Indonesia baru baru ini mencetuskan kontroversi apabila melakukan promosi dengan menawarkan alkohol percuma kepada pemilik nama Muhammad dan Maria.

“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya