Jutawan tudung dan pemilik Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menegaskan syarikatnya masih memegang rekod tudung termahal di dunia dengan harga bernilai RM150,000 untuk sehelai tudung.

Nilai itu sekali gus memadamkan rekod sendiri pada tahun 2020 menerusi sehelai tudung berharga RM100,000.

BERITA TRENDING: RM100,000 Harganya! Lihatlah Ini Tudung Termahal Di Dunia

"Bawal Exclusive masih pegang rekod tudung termahal di dunia pada tahun 2020. Apabila semakin hari semakin kreatif buat rekaan terkini, hari ini terhasilah tudung berharga RM150,000. Ia hanya sehelai sahaja," katanya kepada Gempak.

Tambah Haliza, bagaimanapun tudung berharga ratusan ribu itu enggan didedahkan nama pemilik bagi mengelakkan isu berkaitan keselamatan.

Mengulas mengenai harga tudung mahal mencecah ratusan ribu ringgit, Haliza punyai rasionalnya sendiri.

"Untuk pengetahuan apabila tudung eksklusif ini, pembelinya minta dirahsiakan.

"Di Malaysia ni biasalah, kalau pakai tudung mahal sikit cakap riyaklah, nak menujuklah.

"Sedangkan kalau kasut harga belasan ribu letak di kaki, rakyat Malaysia sangatlah bangga. Kalau beg harga puluhan ribu, kenapa tidak tudung.

"Tapi, rakyat Malaysia tak boleh nak terima lagi bahawasanya harga tudung belasan atau ratusan ribu," tegasnya.

BERITA TRENDING: "Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan…