Viral
“Kalau Kau Tak Pernah Mengandung & Melahirkan, Diam Jelah” - Cik Epal
Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal menafikan dakwaan mengabaikan dua anaknya iaitu Han dan Yuki.
Dakwaan abai anak-anak tak berasas
Cik Epal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya berkata sebagai seorang ibu yang membawa kandungan selama sembilan bulan, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas.
“Aku yang mengandungkan Han dan Yuki. Aku yang melahirkan anak-anak aku. “Kalau kau tak pernah mengandung dan melahirkan kau diam je lah. Aku tak pandai layan anak-anak aku? Silap orang kot,” tulisnya.
Tak pernah burukkan bekas suami depan anak-anak
Dalam pada itu, Cik Epal menegaskan kemesraan anak-anaknya bersama bekas suaminya, Jofliam dan wanita yang dikaitkan iaitu Dewi adalah bukti dia tidak pernah memburukkan mereka.Terdahulu, Jofliam sekali lagi mencuri tumpuan warganet selepas videonya berkelahi dengan bekas isteri, Cik Epal tular di media sosial.“Han dan Yuki selesa dengan depa adalah bukti yang sedikit pun aku tak pernah burukkan depa depan Han dan Yuki,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Platform X, dapat dilihat Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud ‘bertekak’ dengan Jofliam ketika menziarahi anaknya yang sedang sakit di hospital.
Cik Epal juga turut didengari menyifatkan Jofliam sebagai penipu dan ‘kaki pusing’.
Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.
Rumah tangga mereka walau bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.
Pasangan itu bagaimanapun berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.
Must-Watch Video