Menakutkan! Itulah kata-kata yang diberikan netizen sebaik mendapat tahu mengenai serpihan binaan jatuh secara tiba-tiba dan menghempap sebuah kereta.

Menerusi foto yang kini tular di media sosial, difahamkan lokasi kejadian tersebut adalah di hadapan Wisma Central, Jalan Ampang.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku adalah disebabkan serpihan projek binaan yang sedang di lakukan di kawasan tersebut terjatuh dari sebuah krane sebelum menghempap sebuah kereta Toyota Vios.

Bagaimanapun netizen menarik nafas lega selepas mengetahui kereta itu tidak mempunyai penumpang dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Berlaku depan mata tadi… Terkejut bunyi kuat... Dia kena hotel dulu kemudian jatuh atas kereta. Nasib pemilik kereta keluar pergi 7E, kalau tak arwah dah,” jelas saksi.

Disebabkan kejadian tersebut juga, ada netizen mencadangkan agar pemilik kenderaan mengambil tindakan kerana insiden itu boleh meragut nyawa.

“Melibatkan nyawa ni. Kalau kena memang mati katak. Saman jangan tak saman,” saran seorang netizen.

“Perhhh! Saman kontraktor tu kaw-kaw sebelum nyawa manusia melayang. Tu kalau orang yang kena putus badan oh! Ngeri!” sokong netizen lain.