Berita
“Kalau Kita Masih Lemah Ketika Baru Terima Hidayah, Carilah...”- Adam Corrie Kongsi Cara Untuk Terus Istiqamah
Pelakon Cina Muslim, Adam Corrie Lee akui bukan mudah untuk terus istiqamah dan berbuat baik.
Namun menurut Adam, jika seseorang itu sudah menerima hidayah sepatutnya hargailah ia sebaik mungkin.
“Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin.
“Ya Tuhan Kami, jgnlah Engkau jadikan hati Kami condong kpd kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; krn Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”
“Memamg sukar utk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah ( berjuang dengan bersungguh-sungguh dgn syariat),” tulisnya.
Adam berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya mengaitkan perkongsian tersebut dengan berita mengejut pelakon Emma Maembong kini yang telah membuat keputusan membuka tudung.
Pelakon KL Gangster itu juga dalam perkongsiannya turut menyatakan cara atau tips bagaimana untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah.
“Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian .. cari kawan yg boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yg betul. pergi majlis ilmu.
jauhkan seketika dahulu kawan2 yg boleh pengaruh kita ke buat perkara yg tidak elok.
“Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan.
“Percayalah.. Allah sayang kita.. tp kita bersangka-sangka dgn Allah. kuatkan ikatan kita dgn Allah dulu.
“Sedih.. tak mengapa.. itu lumrah utk kita yg bergelar hambaNya yg lemah. sedih.. mengadu dgn Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yg tulus yg dari hati.
“Senyum selalu..Selalu bersangka baik..InsyaAllah hati tenang...” katanya lagi.