Berita

"Kalau Letak Harga Mahal, Orang Tak Mahu Ambil Saya Berlakon Pula" - Farah Nabilah

gempak
Rozaimi Zubaidi
11/10/2018
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Letak Harga Mahal, Orang Tak Mahu Ambil Saya Berlakon Pula" - Farah Nabilah
Pelakon Farah Nabilah mengakui tidak pernah meletakkan harga yang tinggi untuk menerima sebarang tawaran lakonan.
Menurut Farah, dia sebaliknya menyerahkan pada penerbit untuk menentukan bayaran yang bersesuaian dengan lakonannya.
"Kalau saya letak harga mahal, orang tak mahu ambil saya berlakon pula.
"Saya yakin penerbit sekarang ini bijak dalam menentukan bayaran untuk setiap pelakon dalam produksi mereka.
"Jadi sebagai seorang pelakon saya hanya memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan," katanya kepada Gempak.
Farah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31), di PICC Putrajaya, baru-baru ini.
Farah menerima anugerah Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 31.
Sementara itu, jangan lupa untuk menyaksikan drama lakonan Farah bersama pelawak Fikry Ibrahim iaitu Cik Reen & Encik Ngok Ngek yang sedang ditayangkan di slot Megadrama.
Selain Fikry dan Farah, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Haneesya Hanee, Raja Azmi dan ramai lagi.
Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Untuk berinteraksi mengenai drama ini di laman sosial, gunakan hashtag #CikReenEncikNgokNgek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live