"Kalau Makan Lauk Melayu Atau Mamak Rasa Macam Nak Muntah" - Atikah Suhaime Kongsi 'Mual Series Mukbang' Makan Western Food, Netizen Speku Hamil?
Amri Hassan
15/09/2024 21:55 MYT
15/09/2024 21:55 MYT
Perkongsian pelakon kelahiran Singapura, Datin Atikah Suhaime menerusi beberapa siri hantaran 'Mual Series Mukbang' di media sosial mengundang pelbagai tanda tanya dan spekulasi warganet.
Siri video itu seakan-akan memberikan bayangan dirinya kini sedang hamil.
Dalam salah satu video, Atikah memberitahu dia bukan sahaja mengalami rasa mual sekali gus sering diserang migrain ketika memasak menu 'Pizza Margherita'.
"Harap kita kuat untuk hari-hari akan datang. Harap tak adalah sampai terbaring, tak larat.
"Terima kasih teman saya 'lunch' (makan tengah hari) hari ini. Tak tahulah kenapa asyik mengidam 'western' (makanan barat) sahaja.
"Kalau makan lauk Melayu atau Mamak, rasa macam nak muntah. Lain macam betul 'taste' (cita rasa) si kecil," katanya.
Untuk rekod, Atikah berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, pada Januari lalu.
BERITA TRENDING: Mula Rasa Mual & ‘Craving’ Makan Singgang Kuning, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil - “Apa-Apa Doakan”
Ada yang beranggapan Atikah kini sedang berbadan dua dan menterjemahkan 'mual series' itu sebagai salah satu tanda mengidam.Siri video itu seakan-akan memberikan bayangan dirinya kini sedang hamil.