Hiburan
“Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta terpakai berjenama mewah daripada suami tersayang, Datuk Lokman Teh.
Gembira dapat hadiah kereta terpakai
Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, video pendek itu jelas menunjukkan wajah gembira Atikah sewaktu melihat kereta tersebut.“Suami saya belikan kereta second hand, alhamdulillah,” coretnya ringkas.
Dalam video itu juga, Atikah turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya atas pemberian penuh bermakna itu walaupun dia tidak mempunyai lesen kereta.“Yes baby, thank you so much, i love you,” ujarnya sambil memegang tangan suaminya.
Netizen suka, puji Atikah tak sombong
Bagaimanapun perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyatakan rasa kagum kerana Atikah tidak malu untuk berkongsi tentang kereta terpakai yang dimilikinya.Malah netizen juga memuji sikap Atikah yang sentiasa merendah diri dan bertutur dengan lembut ketika bersama suami.
Antara komen yang diterima adalah:
“Beb dia tak malu weh laki dia beli kereta second hand je? Omg sumpah i adore with you,”
“Alhamdulillah rezeki.. first time tengok artis mention kereta 2nd , tapi gembiranya macam dia dapat kereta baru,”
“Syukur alhamdulillah, direct je cakap second hand tak ada problem pun, still kereta T20 oi,”
“Suka dengan Atikah ni, humble dan sangat bersyukur dengan apa yang suami dia bagi,”
BERITA TRENDING: Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Untuk rekod, dengan sekali lafaz, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada Lokman Teh dalam sebuah majlis tertutup pada 21 Januari lalu.Must-Watch Video