Berita
"Kalau Nak Berdoa, Berdoalah Lepas Solat Atas Sejadah, Jangan Berdoa Di Media Sosial” - Adam Corrie 'Sekolahkan' Netizen
Pelakon Adam Corrie tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas menerima komen negatif daripada netizen di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Adam memberikan penjelasan yang jelas terhadap komen diterimanya dan berharap dapat memperbetulkan tanggapan orang ramai mengenai masalah ini.
"Semoga Fateh menjadi anak yang soleh & penyambung dakwah Rasululllah SAW. Aamin allahumma aamin. Tiba-tiba, jeng jeng jeng ada komen masuk.
"Kalau nak berdoa, berdoa la lepas solat atas sejadah. Jangan berdoa di social media.
"Ok bagi pandangan peribadi uncle yang baru kenal Islam ni. Apa yang adik cakap tu betul dan tak salah. Tapi sebenarnya kita boleh berdoa di mana-mana sahaja. Jangan hadkan berdoa atas tikar sejadah sahaja.
"Ingat dan minta pertolongan dari Allah bukan ketika diatas sejadah sahaja. Kita ingat Allah setiap masa, mendoakan kebaikan orang lain adalah sifat yang baik.
"Kita hambaNya yang lemah, selalu buat kesalahan dan dosa. Jadi sentiasa berdoa dan meminta ampun padaNya. Minta maaf kalau pandangan saya ada yang tak setuju. Itulah namanya khilaf," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adam dan mengucapkan terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan itu.
Must-Watch Video