"Kalau Nak Ikut Kecewa Tu, Sangat Sangat Kecewa" - Luahan Hati Zulin Aziz Buat Netizen Sebak

Kamaruddin Razal
Disember 17, 2018 20:05 MYT
Luahan hati pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengundang sebak netizen berkenaan kisah sedih yang dihadapinya beberapa bulan lalu.
Zulin mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan.
Menerusi laman Instagram, Zulin memuat naik potongan video perkongsian rasa hatinya di program CCTV yang dihoskan oleh Aliff Farhan dan Aril Pilus.
Rata-rata peminat turut sebak mendengar luahan hati Zulin yang menghadapi dugaan mencabar dalam hidupnya.
Ada juga peminat yang mendoakan agar Zulin berjumpa dan berjodoh dengan lelaki yang lebih baik.
Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Zulin, Cekelat Honey sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen.
Selain Zulin, drama arahan Hadith Omar itu membariskan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim, Zarul Husin, Nonny Nadirah, Dafi, Syura Badron dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cekelat Honey setiap Selasa hingga Khamis, jam 9 malam hanya di Astro Citra (131) dan Citra HD (126).
Gunakan hashtag #CekelatHoney di laman sosial untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini.
#pelakon #Zulin Aziz #Pelakon