Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kalau Nak Tangkap, Tengok Balik Diri Kita” - Fathia Latiff Anggap Aib Seseorang Tak Perlu Disebarkan

Asyikin Mayudin
10/03/2024 04:55 MYT
Tidak menyebut sebarang nama dan mana-mana berita, namun Pelakon Fathia Latiff tampil menyuarakan pendapatnya mengenai penyebaran sesuatu cerita.

BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

Fathia menerusi video yang dikongsikan di Instastory beranggapan tidak perlu menyebarkan aib dan malu seseorang biarpun individu itu telah melakukan sesuatu kesalahan.

“Kita manusia, buat kesalahan… saya tahu ia berbunyi tipikal, hanya Tuhan boleh menilai. Tak perlu sebarkan malu dan aib orang. Tak kisah la dia artis, atau pun orang biasa.

“Saya sedih dengar fasal berita ini, bukan sedih sebab orang itu melakukan perlakuan itu. Tak perlu sebarkan, kalau kes macam ini, diam-diam. Buat dekat belakang kamera. Media tak payah campur.

“Bagi saya sendiri, contoh kes menteri, kes orang fitnah, perlakuan suami isteri… benda itu tak perlu sebarkan. Saya pernah alaminya dan saya rasa benda itu tak perlu sebarkan.

“Kecuali kalau awak rasa terancam, awak boleh sebarkan. Tapi untuk memalukan, menyebarkan benda tak baik, aib orang, itu tak perlu sebarkan,” kata Fathia.

Pada perkongsian yang sama, Fathia juga berkata biarpun semua orang mempunyai hak bersuara namun tidak boleh sewenang-wenangnya mengunakan kebebasan itu untuk menyebarkan sesuatu yang tidak baik.

“Kita semua masyarakat Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah mengecam atau menghina. Contoh kalau orang itu serang kita, kita mesti nak serang orang itu balik kan.

“Takkan kita nak diam saja. Melainkan orang itu, memilih untuk mendiamkan diri. Kalau dia nak mendiamkan diri, untuk hak dia. Macam saya sendiri, saya bukan rasa apa yang terjadi sebelum ini, saya rasa terancam, saya nak lindungi diri saya.

“Saya cuba sampaikan pendapat saya… tapi tak perlulah nak sebarkan kejahatan orang. Bukan saya nak tunjuk pandai, pendapat saya… walaupun kau artis, memang kita ada freedom, kita perlu tahu untuk gunakan kebebasan suara itu.

“Boleh saja kau nak cakap fasal sesiapa, tapi kalau dah menganiaya diri itu, bila kau bersuara, okay tak apa. Sebab dia dah buat sesuatu kesalahan dekat kau dan menganiayai kau, tapi dia dah tak buat dekat kau, tapi kau cuba sebarkan cerita buruk dia.

Dalam pada itu, Fathia juga berharap tiada pihak menyalahgunakan kuasa hanya untuk berkata-kata mengenai orang lain.

“Kalau nak tangkap pun, tengok balik diri kita. Kalau memang pekerjaan kita untuk menangkap orang yang salah, kita tangkap. Tapi jangan aniaya dia… kita jangan salah guna kuasa.

BERITA TRENDING: CCTV Rakam Kelibat Aliff Aziz, Ruhainies?

“Kalau ada kuasa pun, tak perlu la nak cakap fasal orang. Memalukan orang itu, tak kesian ke?” katanya lagi,

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Netizen #Fathia Latiff #Fathia pendapat #Hak bersuara
;