Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kalau Nelayan Tak Nampak Mungkin Saya Dah Meninggal Dunia” - Leona Dedah Pengalaman Hampir Ragut Nyawa Ketika Sertai Ekspedisi Kayak

Gempak
03/06/2024 03:55 MYT
Pempengaruh Kasih Iris Leona berkongsi kisah hampir meragut nyawanya sewaktu menyertai ekspedisi berkayak untuk Pengakap Raja.

Menerusi podcast Apa Cerita, Leona berkata, kejadian itu berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan, sewaktu dia masih di bangku sekolah.

Ekspedisi kayak

“Ketika itu saya berusia 16 atau 17 tahun, dan kita ada ekspedisi kayak. Saya pengakap laut. Jadi saya perlu berkayak sejauh 45 kilometer di Port Dickson. Pada hari kedua, saya dipasangkan dengan seorang kawan lelaki yang tidak berapa kuat. Jujurnya, saya sedikit lembik tetapi saya rasa saya kuat sedikit pada masa itu.

A post shared by Leona (@kasihirisleona)


“Sedang berkayak, tiba-tiba ada satu kapal kargo besar di depan kita. Saya dan rakan saya bukanlah pasangan dinamik, jadi kami ketinggalan di belakang. Kita sepatutnya pergi ke kiri tetapi waktu tu kita sedar yang kita berkayak ke arah kanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”

“Bila kita sedar kita kena pusing, kita dah dekat dah dengan kapal jadi bila kita pusing, ada satu gelombang (ombak) besar terjadi. Dan kita terlanggar sauh kapal kargo itu. Saya duduk di belakang dan saya terjatuh daripada kayak. Bentuk kapal kargo tu menyebabkan keadaan air laut di sekitar ‘masuk’ ke dalam dan saya hampir disedut,” katanya.

Leona berkata, dia berenang sejauh 1 kilometer dan beredar daripada kapal berkenaan. Dan jurulatih yang berada bersama mereka hanya dapat menyelamatkan dia seorang pada masa itu.

“Jurulatih hanya boleh selamatkan orang pertama yang dia lihat dan dia nampak saya. Saya berenang 1 kilometer dan berpaut pada kayak. Dan kita tak tahu apa jadi pada kawan lelaki saya, kami fikir mungkin dia dah meninggal dunia. Kita sangat panik.

“Ketika kita berpaut pada kanu, jurulatih hubungi mak saya yang ada di tepi pantai. Dia juga minta bantuan untik datang. Dan pada waktu itu polis dan bomba datang lewat. Saya berpaut dalam 30 minit dan saya dah tak boleh tahan lagi, gelombang pun makin besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi..."

“Namun, ada nelayan nampak saya dan dia mencampak pelampung kepada saya. Sebab saya fikir saya dah nak lepaskan kayak dan terima kenyataan akan meninggal dunia,” katanya lagi.

Hampir ragut nyawa

Dalam pada itu, Leona menambah, rakannya selamat kerana berpaut pada beg yang tersangkut pada kayaknya. Leona berkata, disebabkan bantuan lewat tiba, dia terpaksa berkayak semula sejauh 10 kilometer ke kawasan yang lebih selamat.

“Saya perlu sambung kayak10 kilometer lagi. Sampai kita jumpa pulau di tengah laut. Kalau nelayan tak nampak saya mungkin saya dah meninggal dunia. Dan esoknya, saya sudahkan ekspedisi kayaklebih kurang 10 atau 15 kilometer lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Komen Berbaur Sensitif Tentang Palestin, Netizen Bandingkan Sikap Azhar Sulaiman Dengan Leona

“Somewhat saya masih ada PTSD, saya takut pada laut. Tapi saya bukan jenis mengalah saya tak suka buat sesuatu perkara separuh jalan. Saya tak nak gunakan trauma saya sebagai alasan saya tak sudahkan sesuatu. Sebab tu saya sudahkan saja,” tutup Leona.

Sumber: Instagram Leona

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Port Dickson #Leona #Pengakap Laut #Kayak #Hampir ragut nyawa
;