Pempengaruh Leona Azhar mendedahkan yang dia pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di United Kingdom berdekatan dengan universiti tempat dia belajar.

Menerusi podcast Apa Cerita, Leona memberitahu yang tujuan asal dia memilih untuk bergelar pelayan adalah disebabkan mahu menemani rakannya yang ingin membuat kerja sampingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen

Namun, atas sebab-sebab tertentu, rakannya tidak bekerja dengannya di hotel berkenaan.

Waitress

“Pada awalnya, rakan saya mahu kerja sampingan. Hal ini kerana, elaun perbelanjaannya dipotong oleh keluarga kerana tidak berapa bagus dalam pelajaran.

“Jadi, saya setuju untuk teman dia jadi pelayan. Kemudian kami pergi ke sebuah hotel dan bertanya jika ada kerja kosong di sana.

“Namun, akhirnya, saya sahaja yang berkerja dan kawan saya tidak jadi bekerja sebagai pelayan di sana,” ujar Leona.

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu menambah, perasaan ingin tahu yang mendalam menyebabkan dia mahu mencuba untuk bekerja dan merasai sendiri pengalaman melayan pelanggan, terutama dalam bidang kulinari.

Cuba semua pekerjaan

“Saya mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam. Sehinggakan saya mahu cuba semua kerja yang ada. Jadi, salah satunya bergelar pelayan.

“Sebab menerusi kerja ini, saya boleh belajar macam mana deal dengan orang ramai, apa yang berlaku di sebalik tabir (bagaimana makanan dihidangkan) supaya saya boleh lebih menghargai pelayan lain selepas ini.

“Selama tiga bulan saya bekerja, saya bangun pukul 5.30 pagi setiap Sabtu dan Ahad dan pergi bekerja sehingga 2.30 petang.

“Selama itu juga saya tidak keluar malam hujung minggu. Namun, banyak yang saya belajar menerusi pekerjaan tersebut,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Persoal Tindakan Pejuang Hamas, Azhar Sulaiman Akhirnya Mohon Maaf - “Saya Tiada Niat Menentang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedang Saya Berjalan Menuju Masjid Al-Aqsa, Seorang Wanita Palestin Berpesan…” - Leona