Aktor popular, Remy Ishak berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Allahyarham Ashraf Sinclair menerusi filem lakonan mereka, Proksi.

Menurut Remy, Allahyarham adalah seorang yang baik dan bersemangat dalam apa yang dilakukannya.

"Memang saya pernah bekerjasama dengan arwah sebelum ini di Jakarta, Indonesia, dia seorang yang sangat baik dan cool.

"Kalau tak kenal Ashraf, orang akan nampak dia macam santai, sebab dia effortless.

"Tapi bila dah duduk sekali dalam set penggambaran, dia sangat bersemangat dan menjiwai watak yang diberikan," katanya.

Dalam pada itu, Remy juga menyifatkan Allahyarham Ashraf sebagai seorang kawan yang baik dan tentunya pelakon yang hebat.

"Selain itu, dia juga seorang kawan yang baik dan sentiasa memberi idea bernas, pendek kata, Ashraf Sinclair adalah aktor yang hebat," katanya lagi.

Filem Proksi menyaksikan gandingan Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang menyaksikannya! Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!