“Kalau Pak Nil Muda Pun Tak Terikut Lah Nak Buat”- Aznil Hj Nawawi Jelas Sebab Anti Keke Challenge

Syafiqah Jalal
Julai 22, 2018 04:36 MYT
Pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi akui tidak gemar atau setuju dengan aktiviti yang sedang tular kini iaitu ‘Keke Challenge’.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Aznil memberitahu dia tidak akan menyahut cabaran tarian itu kerana ia aktiviti yang tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.
Menurut Aznil yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Nil, dia juga berpengang kepada pesan ibu bapanya.
“Kalau #paknil muda pun Paknil rasa tak lah terikut nak buat camni.
“Mak ayah Paknil pernah pesan. ‘Dari kau baru lahir, ayah mak jaga kau sampai nyamuk gigit pun
kami jaga. Supaya apa? Supaya kau tak cacat ditangan kami. Bila besar, kau sendiri plak yg sengaja cari kecacatan dgn buat benda2 yg xde pekdah,’” tulisnya.
Dalam entri yang sama Pak Nil memuat naik video beberapa remaja yang melakukan cabaran tersebut tetapi tidak berjaya kerana terjatuh dan kemalangan ketika sedang keluar dari kereta.
Rata-rata pengikut IG Pak Nil juga menyokong dan bersetuju dengan pendapatnya.
Foto: IG @aznilhjnawawi
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Pengacara #Pelakon #Pak Nil #Aznil #Keke Challenge