Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kalau Pakai Kasut Biasa Licin, ‘Heels’ Tercacak Dalam Snow Tak Tergelincir,” - Che Ta

Fiza Kamarudin
07/02/2020 08:30 MYT
Pelakon dan penerbit Rozita Che Wan kini sedang bercuti bersama keluarganya di Almaty, Kazakhstan.

Percutian buat Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta ini mungkin biasa, namun kali ini ada yang mencuri perhatian netizen.

Yang menjadi perhatian netizen ialah, kasut tumit tinggi digayakan Che Ta untuk mengharungi salji!

Di ruangan komen, netizen tertanya-tanya bagaimana Che Ta boleh memakai kasut tumit tinggi di kawasan bersalji.

Turut menarik perhatian ialah, komen daripada pelakon, pelawak dan penyampai radio Shahrifah Shahirah yang turut berseloroh tentang perkara tersebut.

“Buat hal, kasut heels! First lady in the world, Malaysia dah pecah rekod,” tulisnya.

Che Ta kemudiannya membalas komen Shahirah dan memberitahu memakai kasut tumit tinggi lebih praktikal kerana ia terbenam dalam salji.

“Kena sis, kalau kasut biasa akan licin tapi heels ini akan terpacak dalam snow, so dia tak tergelinciaq (tergelincir) bila licin,” jawabnya.

Bagaimanapun, Che Ta akhirnya memberi penjelasan tentang kasut-kasut yang digayakannya itu.

Why not? Saya tak ada masalah pun untuk menyarung kasut tumit tinggi walaupun di kawasan bersalji.

“Sebenarnya kasut yang saya pakai itu memang kasut untuk musim sejuk atau kawasan bersalji. Kasut itu memang mempunyai tumit setinggi itu,” jelasnya.
#pelakon #Che Ta #Gaya Hidup #Pelakon