"Kalau Parents Terjatuh Please Buat Check Up Terus" - Pesan Aaron Aziz

Amri Hassan
Julai 3, 2018 03:09 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz berpesan kepada orang ramai agar sentiasa prihatin terhadap keadaan ahli keluarga terutama ibu bapa.
Berkongsi kejadian yang berlaku kepada ibunya baru-baru ini, Aaron memberitahu ibunya terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut selepas terjatuh.
"You can’t run Mummy. Need to do serious check up.
"Kepada semua, kalau your parents terjatuh kat rumah please buat check up straight away.
"Jangan fikir ‘Ala Takpe la sikit je’... Kita bukan pakar untuk menentukan apa-apa.
"My Mum has been warded for further checks. Super high blood and sugar level. Sampai 2 doctors came to reconfirm," tulis Aaron di Instagramnya semalam.
Pelakon kelahiran Singapura itu turut memuat naik sekeping foto bersama ibunya di Instagram ketika menemaninya membuat pemeriksaan kesihatan.
Peminat pula masing-masing berkongsi pengalaman menyentuh hati bersama ahli keluarga sendiri yang melalui kisah sama seperti Aaron.
Malah, ada yang mendoakan kesejahteraan ibu pelakon filem Kau Yang Satu itu agar kembali sihat.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aarondwiaziz
#pelakon #Sakit #Aaron Aziz #Pelakon #Sakit #Ibu