Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Kalau Pendapat Pun Boleh Tercicir, Maruah Apatah Lagi" - Makin Ramai Pula Yang Sokong Pendapat Rita Rudaini?

Asraf Aided
06/01/2022 07:04 MYT

Aktres Rita Rudaini akui makin ramai yang kini menyokong pendapatnya.

Pada masa sama, Rita juga menyedari tempoh dua tahun kebelakangan ini banyak membuka mata tentang kawan yang sebenar mahupun sebaliknya.

"Mana boleh lupa apa yang korang dah buat kat kita orang.

"Betul tak prosafe dan antivaks? Kita simpan sebagai kenangan.

"Tapi seronok juga apa yang apa yang jadi 2 tahun ini, dapat ramai kawan baru, yang bantu membantu bila sama-sama dalam kesusahan, bantu bagi semangat dan sebagainya.

"Yang lama? Baru tahu fake friend dan real friend, hilang senyap sunyi taknak campur sebab nak jaga periuk nasi sendiri dan hanya kerana berbeza pendapat juga.

"Sekarang makin ramai pula hurung 'kami sokong ampa' 'saya sebenarnya dah lama nak cakap suka perjuangan sis' 'saya pun sama macam awak', alahai so sweet, jadi lah diri sendiri, kalau pendirian pun boleh tercicir maruah apatah lagi," kongsinya di Instagram Story.




Rita sememangnya dikenali sebagai salah seorang selebriti yang lantang menyuarakan pendapat mengenai vaksin COVID-19.

Terdahulu, Rita selesa jika dirinya digelarkan sebagai prosafe dan bukannya antivaksin kerana dia sendiri pernah mengambil vaksin lain sebelum ini.

BACA: "Saya Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe" - Rita Rudaini

#Rita Rudaini #Vaksin #COVID-19 #Prosafe
;