Pelakon Rita Rudaini menafikan dirinya seorang antivaksin sebaliknya lebih selesa digelarkan sebagai prosafe.

Jelas Rita, dia percaya pada vaksin namun berdasarkan kajian terperinci dan telah terbukti meyakinkan.

"Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan kena kaji dulu makna. Antara antivaksin dan prosafe. Korang boleh panggil saya prosafe. Saya Rita Rudaini dan saya prosafe.

"Kalau saya antivaksin, tak ada la saya ada cucuk vaksin dan vaksin masa kecil termasuk anak-anak.

"Nak guna perkataan pun biar jadi pengguna yang bijak menggunakan sesuatu perkataan untuk labelkan sesuatu biar objek dan makna selari," tegasnya.



Rita terdahulu menjadi bualan hangat netizen apabila pernah berkongsi amalan merebus bunga cengkih di kediamannya.

BACA: "Tak Payah Risikokan Mak Pak Hangpa" - Tak Setuju Warga Emas Dipaksa Ambil Vaksin, Netizen Cancel Rita Rudaini

BACA: "Kubur Masing-Masing" - Isu Vaksin, Lana Nodin Back Up Rita Rudaini

BACA: Rita Rudaini Sokong Lana Nodin Gesa DG Hisham Letak Jawatan

BACA: "Pakat Ketaq Bi*i Ketaq Pe*aq Dengan Aku Tak Ambil Vaksin Pasai Apa?" - Rita Rudaini



***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!