Laman Utama

“Kalau Penyanyi Kenalah Pandai Menyanyi” - Ramlah Ram Pilih Aina Abdul & Ernie Zakri?

Hanafis Haris
29/06/2021
05:50 MYT

Penyanyi lagenda, Ramlah Ram akui dia mempunyai pilihan tersendiri siapakah yang dirasakan mampu menjadi pelapis bagus dalam industri nyanyian.

Tanpa berfikir panjang, nama Aina Abdul dan Ernie Zakri meniti di bibir penyanyi yang sudah berkecimpung lebih 36 tahun ini.

Menurut Ramlah, dalam tempoh berkenaan, dia tidak langsung berasa tergugat dengan kehadiran penyanyi baharu.

Menyifatkan tidak boleh boleh sekat rezeki orang sama ada yang baharu mahupun yang lama, semua itu ketentuan Ilahi.

“Secara peribadi, saya berpendapat, kalau dah namanya penyanyi, mestilah kena pandai menyanyi. Begitu juga berlakon, kena pandai berlakon.

“Kalau nilai itu ada pandai menyanyi dan betul-betul berbakat, insya-Allah, rezeki dalam bidang ini akan berpanjangan,” katanya.

Jelas Ramlah, pada masa kini ramai juga penyanyi yang bagus dan berpotensi tinggi termasuklah Aina Abdul dan Ernie Zakri.

“Syamel dan Hazama pun bagus. Orang yang vokal bagus, insya-Allah akan tahan lama dalam industri.

“Macam saya cakap tadi, penyanyi memang kena pandai menyanyi,” katanya.

Ramlah berkata demikian menerusi satu sidang media virtual sempena kemuncul single terbarunya Aku Ubatinya Lagi.

Lagu tersebut merupakah hasil ciptaan Ajai dan susunan oleh Sharon Paul.

Lagu berkenaan sudah berada di semua pelantar digital seperti Spotify, KKBOX dan YouTube sejak 25 Jun lalu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Bukit Kalau Ditarah, Gondol Juga” - Akui Terkesan Akibat PKP, Ramlah Ram Bersyukur Masih Ada Simpanan

gempak
01/07/2021
05:06 MYT
Doa-doa semuanya baik