,
Hiburan

Kalau Pergi Bercuti, Che Ta Bukan Bawa ‘Photographer’ Sahaja…Tapi Tukang Masak Sekali!

Fiza Kamarudin
11/10/2018
07:00 MYT
Rasanya setiap kali pelakon cantik Rozita Che Wan atau Che Ta pergi bercuti ke luar negara, ramai yang tunggu foto di Instagramnya kan?
Malah, ramai juga yang sudah tahu Che Ta akan membawa sekali jurugambar profesional, khas untuk percutiannya dan keluarga.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak, tetapi Che Ta hanya mahu berkongsi momen dan pengalaman indah di luar negara dengan peminat.
Tetapi korang tahu tak, sejak tiga tahun lepas Che Ta juga akan membawa sekali tukang masak untuk menyertai percutian dia dan keluarga?
“Sekarang ini saya bukan setakat bawa jurufoto tapi juga tukang masak. Sebab saya pergi bercuti nak berseronok-seronok. Takkan tiba-tiba nak bergelut di dapur pula.
“Saya jenis suka makan nasi jadi apabila ada tukang masak, taklah kelaparan. Bagi saya, kalau membawa tukang masak itu memudahkan percutian saya dan turut memberi rezeki kepada orang lain, apa salahnya?
“Lagipun kalau saya bercuti bukan dengan keluarga saja tapi juga adik beradik yang lain. Jadi kalau ada tukang masak lebih mudahlah,” katanya kepada Utusan Online.
Dalam perkembangan lain, jangan lupa menonton lakonan Che Ta sebagai Kakt Bet dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan di slot Raihana saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).
Drama adaptasi dari novel karya Umie Nadzimah terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan arahan Rashid Sibir itu mula bersiaran pada 1 Oktober lalu ditayangkan pada setiap Isnin, pukul 9 malam.
Selain Che Ta, pelakon lain yang turut membintangi Lelaki Kiriman Tuhan ialah Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Norlia Ghani, Dato Jalaluddin Hassan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Unitar