Hiburan

"Kalau Rasa Diri Itu Penting, Buat Macam Penting… Bukan Muncul Setahun Sekali" - Nora Danish Geram Dengan Siapa Tu?

gempak
Zulaikha Yusof
10/03/2020
03:16 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Rasa Diri Itu Penting, Buat Macam Penting… Bukan Muncul Setahun Sekali" - Nora Danish Geram Dengan Siapa Tu?
Aktres Nora Danish dilihat meluahkan rasa geram terhadap seorang rakan yang difahamkan mempunyai perasaan tidak puas hati kerana tidak diundang ketika majlis sambutan hari lahirnya baru-baru ini.
Menurut Nora, gara-gara insiden itu, segala kebaikan dan pengorbanan yang pernah dilakukannya terus dilupakan hanya dengan sekelip mata.
"Patutnya sebelum birthday kita dah call tanya apa plan, kalau betul-betullah rasa keluarga.
"Ni tak call tak apa, nak sentap. Birthday kita pun nak kita fikir pasal orang ke?
"Nak sangat jadi orang yang sensitif tak bertempat kan. Ok meh sekarang I jadi sensitif jugak.
"Hanya kerana birthday ni tak ajak, apa hubungan yang ada sebelum ni, segala pengorbanan, kebaikan dan benda ikhlas kita buat terus dilupakan," tulisnya.
Luahan hati itu disampaikan menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 menegaskan masih ramai individu lain yang penting harus difikirkan dan dijaga olehnya.
"Sedarlah wahai kawan. Banyak lagi orang yang penting dalam hidup saya, yang saya nak jaga dan fikirkan.
"Kalau rasa diri itu penting, buat macam penting. Bukan muncul setahun sekali, call tak apa tak, wish pun paling lambat.
"Lepastu nak sentap! Lambeetttt lagi!" tulisnya lagi.
Pun begitu, Nora tidak pula menyatakan nama gerangan orang yang membuatkannya geram itu.
Nora baru sahaja pulang daripada Johor Bahru selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 bersama keluarga tersayang.
Imbas semula lakonan Nora Danish dalam filem Polis Evo di telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live