Hiburan
"Kalau Salah Pilih Lagu Mungkin..." - Wany Hasrita Berkolaborasi Bersama Jamal Abdillah
Penyanyi popular, Wany Hasrita bakal melancarkan single duet bersama penyanyi senior berbakat, Datuk Jamal Abdillah.
Menurut Wany, lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini.
"Untuk lagu terakhir saya dalam tahun ini, Insya-Allah saya akan melancarkan single duet bersama Datuk Jamal Abdillah.
"Lagu tersebut adalah ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini, ia juga telah dirakamkan dan dijangka menemui peminat sekitar hujung tahun nanti.
"Kami sangat berhati-hati dalam penghasilan lagu tersebut kerana saya dan Datuk Jamal adalah dua penyanyi dari generasi berbeza, jika tersalah pilih lagu, mungkin peminat tidak akan menyukainya," kata Wany kepada Gempak.
Wany ditemui di majlis Ramadan Raya Screening anjuran Astro bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Sedikit info mengenai Wany, penyanyi kelahiran Perak ini mula mencipta namanya di industri hiburan tempatan pada tahun 2016 dan terus aktif berkarya sehingga kini.
Must-Watch Video