Sukan

Perjalanan Hidup Jadi Inspirasi Generasi Muda, Guna Duit Sendiri ‘Survive’ Di Kolej & Beli ‘Mustang’ Pakai Selipar Antara Fakta Menarik Tentang Soloz

gempak
Asyikin Mayudin
05/02/2025
01:21 MYT
Sponsor Banner
Perjalanan Hidup Jadi Inspirasi Generasi Muda, Guna Duit Sendiri ‘Survive’ Di Kolej & Beli ‘Mustang’ Pakai Selipar Antara Fakta Menarik Tentang Soloz
Sebagai seorang figura yang terkenal, kehidupan peribadi Soloz nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria pastinya menarik perhatian ramai orang terutamanya dalam kalangan peminatnya.

Kehidupan di kolej

Berkongsi mengenai kehidupannya ketika menyambung pelajaran di sebuah kolej, Soloz ketika ditemu bual media mengakui dia menggunakan wang yang diperolehi dari bermain permainan e-Sports untuk sara hidupnya.
“Saya kena pujuk ibu bapa saya untuk main game, sampai saya tunjuk trofi yang saya menang baru mereka percaya. Mana-mana ibu pun tak nak anaknya buang masa. Dia nak apa yang saya buat ada ‘something’.

“Saya juga tunjuk pada ibu masa saya belajar kolej, saya pakai duit sendiri untuk survive. Saya pergi kelas, habis itu saya main game. Dengan duit itu, saya boleh sara hidup di kolej,” katanya.

Malah menerusi temu bual bersama Gempak pada Januari lalu, Soloz sentiasa berpesan kepada generasi muda untuk terus menyambung pelajaran kerana ianya sangat penting untuk kelangsungan hidup.

Pendidikan penting

“Pendidikan tetap penting. Saya tidak mahu kejayaan saya dijadikan alasan untuk mereka tidak menyambung pelajaran.

“Generasi masa kini sering mahukan jalan mudah. Apabila nampak bermain permainan video boleh menghasilkan wang, mereka terus ingin mencuba. Namun, hakikatnya, seperti dalam bola sepak, daripada 100 orang, tidak semua akan berjaya.

“Dengan pendidikan, mereka mempunyai asas kukuh untuk meneruskan kehidupan. Jangan mempertaruhkan masa depan hanya dengan bermain permainan video semata-mata,” pesannya.
Dalam pada itu, ikon e-sukan negara berusia 31 tahun ini bagaimanapun tetap mengekalkan kehidupan peribadi yang sederhana.
Ia dapat dibuktikan apabila beliau hanya memakai selipar ketika mengambil kereta mewah Ford Mustang yang dibelinya pada Februari 2020.

Kereta Mustang

Atlet e-sukan itu turut bergambar bersama kereta Ford Mustang berharga lebih setengah juta ringgit yang menjadi idaman golongan muda.
Ketika ditemui media baru-baru ini, Soloz berkongsi mengenai pemilihannya membeli kereta mewah tersebut yang akhirnya dijual selepas berkahwin.
“Kereta itu saya beli ketika bujang… saya beli kereta mustang untuk pertama sekali memang untuk diri saya la. Biasa la waktu tengah bujang kan, tengah nak enjoy.

“Dalam masa yang sama, saya terfikir juga mungkin bila saya beli kereta mustang ni orang akan pandang ‘oh main game pun boleh beli kereta eh’.

“Tapi saya pakai kereta tu tak lama pun, lepas saya kahwin, saya jual sebab sempit (dalam kereta sempit,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai Ada Yang Bagitahu Ibu Bapa…” - Soloz Berharap Filem Soloz: Game Of Life Jadi Inspirasi Generasi Muda

Ketika itu, Soloz berkunjung ke premis tersebut dengan hanya memakai selipar sebelum membeli kereta Ford Mustang.
Untuk info, Soloz telah dilahirkan pada 15 Mei 1993 di Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau menjadi salah satu nama besar dalam dunia e-sukan tempatan yang sangat menginspirasikan.
Beliau berkahwin dengan Maryam Jamilah Rahim pada Jun 2020 dalam satu majlis yang tertutup di Sungai Petani, Kedah.

Kehidupan peribadi

Bagaimanapun Soloz boleh dikatakan seorang yang kurang gemar untuk berkongsi kehidupan peribadi di laman sosial terutama mengenai isteri dan keluarganya.
Sekadar info, Filem Soloz: Game Of Life mengisahkan perjalanan hidup dan cabaran yang dihadapi Soloz sebelum bergelar ikon e-Sukan negara.
Diarah oleh Syafiq Yusof, filem ini dibintangi pelakon berbakat seperti Hun Haqeem, Noki K-Clique, Syafie Naswip, Hafeez Mikail, dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024