“Tak…fitnah,” itu jawapan yang diberikan oleh pelakon Diana Danielle selepas didakwa suaminya, Farid Kamil bahawa dia berlaku curang dan ada pihak ketiga menganggu rumah tangga mereka.

Kata Diana, jika benar dia berlaku curang mengapa Farid membawa jambangan bunga serta cincin untuk memujuknya.

“Kalau betul saya ada orang ketiga kenapa dia bawa bunga dan cincin kepada saya hari ini?

“Masalahnya cincin yang diberikan itu pun adalah sepatutnya cincin kahwin yang dihilangkan lapan tahun lalu. Kenapa hari ini baru beli dan serahkan kepada saya?” persoalnya dalam sebuah video yang dikongsikan oleh XTRA melalui Instagram.

Diana menjawab perosalan itu selepas selesai urusan perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi tadi.

Pelakon Imaginur itu terus diasak pelbagai soalan oleh wartawan sehingga dia berlalu pergi ke kereta untuk beredar dari perkarangan mahkamah.

Namun Diana sempat menjawab soalan wartawan mengenai mengapa dia tidak membenarkan Farid berjumpa anak-anak selama 23 hari.

“Aurora trauma,” jawabnya ringkas tanpa memberi penjelasan lanjut.

Hari ini difahamkan Farid akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.