Pelakon Zarina Zainoordin yang tengah hangat dengan drama bersiri The Maid tampil dengan imej berhijab dalam satu entri yang dikemas kini di Instagram.

Menerusi entri tersebut, Zarina memberitahu dia menyayangi semua dan memohon maaf jika ada yang berkecil hati mahu pun membuat silap tanpa sengaja.

“Saya sayang semua orang.. walaupun orang tu tak sayang saya..kalau saya ada terkecilkan hati secara sengaja atau tak sengaja,maafkan saya ya.

“Sesiapa yang pernah membantu saya,moga Allah gantikan dengan rezeki yang selapang lapangnya untuk awak. Sesiapa yang tak pernah sukakan saya,moga dilembutkan hatinya,” katanya.

Entri tersebut menerima pelbagai reaksi pengikutnya yang rata-rata memuji imej tersebut.

“Cantik Zarina pakai tudung, nampak ayu dan sopan,” kata salah seorang pengikutnya.

“Wah semakin cantik,” puji salah seorang warga maya.

“Manisnya akak,” komen salah seorang netizen.

A post shared by ZarinaAf2 (@zarinazainoordin)

Selain Zarina, The Maid menampilkan pelakon-pelakon seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand