Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Kalau Saya Anak Orang Kaya, Bolehlah..." - Erra Fazira Tak Letak Had Umur Untuk Terus Berlakon

Zulaikha Yusof
03/09/2019 00:38 MYT
Pelakon Erra Fazira akui tidak pernah meletakkan had umur untuk kekal aktif dalam bidang lakonan.

Jelas Erra, dia merupakan seorang individu yang bukan dari kalangan orang berada, justeru harus mencari pendapatan sendiri bagi menyara kehidupan.

"Soal rezeki ini kita tak boleh nak letak had, bergantung pada ketentuan Allah, kita ikut sahaja.

"Kalau kata sampai ke tua jadi nenek dan masih berlakon saya terima. Katakan saya letak target umur 50 tahun berhenti berlakon, kalau saya anak orang kaya, bolehlah...

"Tapi saya ini semua jatuh bangun sendiri, kena cari pendapatan sendiri dan ada tanggungjawab. Saya ada keluarga serta anak yang perlu diutamakan dan dijaga.

"Saya kena rasional dalam hal ini dan fikir secara logik, jadi tak ada titik waktu, saya hanya berdoa supaya Allah salurkan yang terbaik untuk saya," katanya kepada Gempak.

Erra ditemui di majlis tayangan perdana filem Wangi di e@Curve, Damansara.

Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menyatakan dia memerlukan kerjasama daripada pihak produksi kerana lakonannya sudah terbatas sejak berhijab.

"Selepas saya buat keputusan untuk berhijab, lakonan sendiri sudah terbatas. Saya memang cuba jaga batas dalam beberapa perkara.

"Apa-apa pun, dalam hal ini memerlukan kerjasama antara produksi dan pelakon, pasti mereka sendiri sudah tahu apa yang sesuai dan sebagainya," tambahnya lagi.

Selain Erra, filem Wangi turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Mia Nasir, Nik Adam Mika dan Ruminah Sidek.

Filem arahan Mohd Latiff Zam ini bakal ditayangkan mulai 5 September akan datang.
#pelakon #Erra Fazira #Pengacara #Pelakon
;