Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

“Kalau Saya Sedih, Dia Yang Buat Saya Ketawa Semula” - Bella Astillah Nafi Bersedih Kerana Syed Saddiq

Umirah Halim 16/02/2025 | 08:55 MYT

Kemesraan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Syed Saddiq semakin mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, Bella tampil menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia bersedih kerana Ahli Parlimen Muar itu.

Akui Bella, dia memang sedang bersedih namun tidak dapat dikongsikan perkara tersebut kepada umum.

undefined

“Memang betul saya sedih ketika itu, tetapi bukan kerana YB atau sesiapa, cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan,” jelasnya ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

YB penghibur hati Bella

Dalam pada itu, pelantun lagu CA CA CA itu turut menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang pendengar yang baik dan sentiasa menghiburkan hatinya ketika bersedih.

“Saya nak jujur, YB seorang yang sangat baik. Kalau saya nangis YB orang pertama yang mendengar cerita kesedihan itu.

“Dia lah membuatkan saya ketawa semula. Janganlah cakap dia buat saya sedih.

“Dia pendengar yang baik. Dia tak pernah buat saya sedih. Never,” ujarnya.

Terdahulu, tular sepotong video memaparkan sesi siaran langsung Bella dan Syed Saddiq yang melakukan aktiviti memasak.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat raut wajah Bella yang muram sekaligus menimbulkan spekulasi yang mengatakan Bella bersedih kerana Syed Saddiq.

BERITA BERKAITAN: Netizen Gigih Siasat, Dakwa Bella Astillah, Syed Saddiq Miliki Keychain Sama - “Couple Keychain Ke?”

BERITA BERKAITAN: Tak Hisap Rokok,Dadah, Pergi Kelab Malam, Antara Ciri-Ciri Lelaki Idaman Bella Astillah – “Paling Penting Bukan Dalam Industri…”

BERITA BERKAITAN: Tular Video Syed Saddiq Kopekkan Udang Untuk Bella Astillah Buat Netizen Rasa ‘Annoying’, Ada Juga Yang Pertahan - “Diorang Pun Nak Bahagia”
#Bella #Syed Saddiq #Sedih #Astillah