,
Laman Utama

"Saya Tak Reti Nak Cakap Move On Tu Macam Mana, Padahal Dah 9 Bulan" - Shuib

Izwan Isa
19/04/2022
02:50 MYT
Pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mengakui sukar untuk ‘move on’ sungguhpun arwah isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin sudah pergi menghadap Ilahi sembilan bulan lalu.
Menurut Shuib, sungguhpun perasaan mengingati arwah isterinya ada pasang surut, namun, rasa kehilangan masih lagi berbekas dalam hati, seolah-olah Sarah baru sahaja pergi meninggalkan dirinya.
“Turun naik itu ada… Ada masa kita kuat, bangun pagi rasa best je. Macam waktu saya balik kampung haritu. Dada rasa lapang dan happy tengok anak-anak berpuasa di sana. Dalam masa sama, saya ajak juga kawan-kawan di Kuala Lumpur untuk sama-sama berbuka puasa di sana.
“Semuanya ok, semuanya happy. Tapi, bila saya balik semula ke sini, langkah ke pintu rumah tu, dia jadi auto ingat pada arwah. Semua datang macam mana first day (kehilangan) dulu. Mungkin begitulah… Ada masa ok, ada masa tak ok. Bila kita teringat dekat dia, kita baca dan sedekah Al-Fatihah dan kita mengaji untuk dia.
“Saya tak reti nak cakap move on tu macam mana. Padahal dah sembilan bulan. So, lalu jelah, insya-Allah mesti ok nanti,” katanya kepada Gempak.
Shuib ditemui pada majlis buka puasa Indigital yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur malam semalam.
Dalam pada itu, dia cuba juga untuk menerima suratan yang telah ditentukan kerana tidak mahu terus hanyut dibawa perasaan.
“Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa, takut terlarut dalam rindu… sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh. Tanggungjawab saya pada mereka besar. Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shuib memberitahu yang dia tidak mahu memikirkan kritikan atau tohmahan netizen tentang dia dan anak-anaknya.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Apa yang kita pegang, apa yang kita tahu dan rasa, kita jalan sahaja… nak fikirkan orang apa pun tak boleh. Kalau saya tertonggeng kat rumah nangis dengan anak-anak, netizen tak datang ketuk pintu saya,” tutup Shuib.
Untuk rekod, allahyarham Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Imbau Momen Bersama Arwah Siti Sarah Di Tanah Suci, Shuib ‘Create’ Semula Foto Dengan Watie Hanifiah - “Tempat Yang Sama, Kisah Yang Berbeza”

gempak
01/11/2024
11:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib ketika berada di Tanah Suci, Makkah bersama isterinya iaitu usahawan Watie Hanifiah menarik perhatian netizen.
Hiburan

Shuib Bengang Individu Fitnah ‘Tunggang’ Nama Arwah Siti Sarah Buat Podcast Dengan ‘Bekas Banduan Kerat Lapan’ - “Jumpa Di Mahkamah Ya”

gempak
23/10/2024
06:20 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa bengang apabila ada seorang individu mendakwa dia menunggang nama arwah isterinya, Siti Sarah dalam podcast Dol’s Podcast.
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

gempak
10/07/2024
04:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber mendapat perhatian semua pihak.
Unitar