,
Berita

“Kalau Sayang Tapi Tak Jaga Perasaan Buat Apa?”- Mawar Rashid

Syafiqah Jalal
21/01/2020
06:48 MYT
Pelakon Mawar Rashid percaya cinta sebenar adalah cinta yang memberikan kebahagian dan keberkatan dalam dunia dan akhirat.
Berkongsi mengenai pendapatnya tentang cinta kepada pasangan, Mawar memberikan pesan yang boleh diguna pakai dalam rumah tangga.
“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan?
”Selalu juga dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’. Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik.
“Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage.
”Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir-lahir bukannya dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar.
“Cinta bergantung kepada dua insan. Sama-sama lindungi fizikal & mental. Sama-sama adil. Sama-sama menasihati. Sama-sama belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni.
“Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene selalu rendah diri kepada ilmu. Ilmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon TQ Captain itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama suami Raf Yaakob.
Mawar sempat berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa membuktikan apa maksud cinta.
“Thank you Abang kerana sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerana sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah. Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Amin” tambahnya lagi.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat. Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan? Slalu jugak dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’. Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik. Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage. Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir2 bukan nye dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar. Cinta bergantung kepada dua insan. Sama2 lindungi fizikal & mental. Sama2 adil. Sama2 menasihati. Sama2 belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni. Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene slalu rendah diri kepada ilmu. Ilmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters. Thank you Abang kerna sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerna sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah. Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn ❤️

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

gempak
21/10/2024
12:55 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.
Hiburan

Pevita Pearce Sah Bergelar Isteri, Pilih Ahli Perniagaan Malaysia

gempak
20/10/2024
23:50 MYT
Aktres popular Indonesia, Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada usahawan Malaysia, Mirzan Meer.
BorakSeeni