Gaya Hidup

"Kalau Sunnah, Kenapa Budak Sekolah Tak Dibenarkan Berambut Panjang?" - Adam Corrie Bagi Pencerahan Dengan Bantuan...

Badrul Hashim
18/11/2020
11:53 MYT
Seronok apabila ramai selebriti yang mempunyai ratusan ribu, malahan jutaan pengikut dapat berkongsi ilmu kepada peminat masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri.
Begitu juga dengan pelakon Adam Corrie Lee yang sering berkongsi pelbagai ilmu di media sosial terutamanya di Instagram miliknya.
Terbaru apabila ada peminat yang menghantar Mesej Terus (Direct Message) kepadanya dan bertanyakan soal agama, terutamanya tentang paras rambut untuk seorang lelaki.
"Saya dapat DM dari seorang Hamba Allah. Pertanyaan beliau tentang rambut paras bahu adakah sunnah. Saya tak layak untuk menjawab persoalannya. Lalu saya panjangkan persoalannya dengan @ustazrusydialjauhari
"Ini adalah jawapan untuk pertanyaan.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ada 3 bentuk rambut.
1. pendek hingga separuh cuping telinga (mcm rambut kebanyakan lelaki sekarang)
2. panjang sehingga mencecah bahu (tidak melepasi bahu)
3. botak (ketika tahallul haji dan umrah sahaja)
Kenapa para pelajar tidak dibenarkan itu berkait dgn etika sekolah (KPM). Jika kami di Mesir para pelajar Al-Azhar ada yg berambut panjang tetapi tidak melepasi bahu," tulis Adam tentang jawapan daripada Ustaz Rusydi.
Menjawap soalan jika terdapat sunnah yang mengatakan Nabi Muhammad SAW berambut panjang, kenapa terdapat hadith yang menyatakan lelaki tidak boleh menyerupai wanita, ini jawapan kepada soalan tersebut.
"Haram menyerupai wanita kebiasaan berambut panjang melepasi bahu. Rasional Nabi SAW berambut panjang ada 2 sebab:
1. ketika peperangan sebagai strategi menggerunkan musuh kerana musuh menyangka mereka berhadapan dengan anak-anak muda.
2. ketika musim sejuk untuk menutup tengkuk kerana rambut menyerap haba.
Allahu A'lam.
Adam turut berkongsi sekeping gambar dirinya yang berambut panjang dan memakai rantai.
"Gambar ini adalah saya sebelum syahadah," tulisnya.
Pelakon yang mula dikenali ramai melalui filem The Spinning Gasing ini memeluk Islam pada 13 Julai 2007. Adam berkahwin dengan Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Guna Sunsilk Strong & Long Baharu, Rambut Panjang Masih Kuat Dan Sihat

gempak
07/07/2023
07:30 MYT
Love Sunsilk! Rambut lebih kuat dan sihat.
Laman Utama

“Ayah Meninggal Sebab COVID-19” - Ashraf Muslim Risau Kes Naik, Nasihat Ikut Sunnah Nabi Bendung Penyakit Berjangkit

gempak
05/01/2023
08:30 MYT
Ashraf bimbang COVID makin meningkat.
Laman Utama

Kurma Sejuk Beku Tahan Sampai Setahun

gempak
19/09/2022
06:28 MYT
IlhamTaufiq ini adalah yang pertama menjual kurma segar atau juga dikenali Kurma Ruthob
Laman Utama

Ada Individu Tegur Adam Corrie Makan Dengan Chopstick, Haram Katanya

gempak
12/03/2022
05:55 MYT
Apa kaitan chopstick dengan akidah, iman dan agama?
Laman Utama

Potong Rambut Pendek? Amir Masdi Tak Ready! - “Saya Tak Boleh Lari Dari Imej..”

gempak
24/02/2022
08:48 MYT
Ranggi rambut panjang.