Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kalau Syafie Naswip Pegang Tangan Perempuan Lain On Set, Saya…”- Aishah Azman

Syafiqah Jalal
17/04/2019 12:50 MYT
Pelakon Aishah Azman yakin tidak akan timbul perasaan cemburu jika tunangnya, Syafie Naswip berpegangan tangan dengan pelakon wanita lain ketika bekerja atau menjalani penggambaran.

Katanya kepada Hlive, mereka akan bersikap profesional jika ia berkaitan dengan kerja.

“Terus-terang saya tiada perasan cemburu langsung jika melihat Syafie berpegangan tangan dengan pelakon wanita lain ketika on set.

“Tapi jangan dia berani lakukannya jika di luar kerja sudah lah.

“Tiada istilah saya hendak mengongkongnya kerana kami saling percaya mempercayai,” katanya.

Aishah Syafie selamat mengikat tali pertunangan ada 7 April lalu.

Menurut Aishah dia terima apa sahaja dugaan ketika berada di fasa pertunangan.

“Saya percaya dugaan dalam bertunang itu memang akan ada tetapi kami perlu laluinya dengan tenang dan bersabar,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).  
 
#pelakon #Pelakon #Syafie Naswip #HLive #Aishah Azman