Penyanyi Sissy Iman mendedahkan kulitnya mengalami masalah yang agak teruk sehingga dia perlu melakukan rawatan wajah.

Sissy berkata dia sudah tidak tahan menangung masalah kulit wajah yang dialami, namun dia harus sedar hidup perlu diteruskan.


Pengacara Big Stage Live Plus itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik video yang merakamkan keadaan kulit wajahnya.

Dalam video tersebut kelihatan Sissy mengalirkan air mata sambil menunjukkan keadaan wajahnya.

Sissy beritahu dia tidak kisah jika selepas ini tiada siapa yang menyukainya kerana dia tetap menyanyangi dirinya.

“Semoga lebih cantik lepas ni . Kalau tak ada orang suka kau dengan kulit macam ni pun , I would still love you , Sissy . And whoever is going through the same thing , I got you . We go thru this together , okay ?” tambahnya lagi.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi kata0kata semanga kepada Sissy.