Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi foto transkrip akademik yang diperlolehi ketika zaman belajarnya.

Transkrip tersebut memaparkan keputusan CGPA cemerlang yang diraih Uyaina iaitu sebanyak 3.95.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut.

Menurut Uyaina, dia mungkin akan bekerja sebagai seorang peguam jika tidak bergiat dalam industri seni.

"Once upon a time, kalau Yana tak jadi TV host & actress, Yana dah jadi lawyer.

"Siapa dekat sini yang belajar bidang lain, lepas tu kerja bidang lain? Kita geng!

"Yang penting kita kena suka dengan apa yang kita buat dan ikhlas!" tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai pengikut Uyaina yang meninggalkan respon positif di ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji kepandaian yang seiring dengan kecantikkan dimilikinya.

Once upon a time ? Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer ♥️ . Siapa dekat sini yang belajar bidang lain, lepas tu kerja bidang lain? Kita geng! ?? . Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas! #UyainaArshad

A post shared by UYAINA (@uyainaarshad) on


Sekadar imbasan, Uyaina mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2015 selepas menjuarai Pencarian Nona Manis dan terus membina namanya sehingga kini.