Hiburan

"Kalau Tengok Seorang Diri Ni Mahu Tersedu-Sedan Depan Televisyen" - Tayangan Hari Pertama Ada Apa Dengan Dosa Dapat Sambutan Luar Biasa!

gempak
Amri Hassan
05/06/2020
07:56 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Tengok Seorang Diri Ni Mahu Tersedu-Sedan Depan Televisyen" - Tayangan Hari Pertama Ada Apa Dengan Dosa Dapat Sambutan Luar Biasa!
Tayangan hari pertama Ada Apa Dengan Dosa mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.
Kebanyakannya memuji kehebatan pelakon serta mainan emosi filem arahan Rahila Ali itu.
Malah, ada yang gagal menahan sebak hingga turut mengalirkan air mata dalam beberapa babak menyentuh hati.
"Penghayatan watak pelakon best, skrip best, sinematografi best!
"Nasib baik tengok dengan adik-adik, bergenang gitu je lah ditahan-tahan.
"Kalau tengok seorang ni mahu tersedu-sedu depan televisyen," tulis @ckidal_ di Twitter. "Sedih, jalan cerita yang tak panjang tapi penuh dengan mesej yang baik buat kita terasa. Cerita yang best dan terbaik!" puji @OyaAnas3.
"Tengok filem ni buat I asyik menangis je," tambah @njhhmhsn.
Ada Apa Dengan Dosa mengangkat kisah seorang ustaz dihantui dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih mengejutkan, anak perempuannya itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First sejak 4 Jun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live