Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kalau Tetap Berdegil Kami Pesakit COVID-19 Akan Jaga Roadblock”- Amaran Ashraf Muslim

Syafiqah Jalal
20/04/2020 06:17 MYT
Pelakon Ashraf Muslim merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk tidak mengingkari Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Jika tidak Ashraf yang kini merupakan pesakit COVID-19 memberi amaran dengan nada gurau akan turun bersama pihak berkuasa untuk melakukan sekatan jalan raya.

BACA: “Sebak Di Dada, Macam-Macam Perasaan Bila Naik Ambulance” – Ashraf Muslim Positif COVID-19

“Wahai rakyat Malaysia, tolong jangan terlalu expose di luar. Duduklah di rumah dan keluar hanya bila perlu untuk beli barang rumah sahaja.

“Kalau tetap berdegil, kami pesakit COVID-19 akan keluar jaga roadblock...mahu ke?” Tulisnya.

BACA: "Saya Tak Alami Gejala Selama Dua Minggu" - Ashraf Muslim

BACA: “Ingat Tau Kau Kena Kuat...”- Fizz Fairuz Saya Dapat Berita Ashraf Muslim Positif Covid-19

Ashraf berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Ashraf menerusi kapsyen bagaiamanapun akui ia hanya gurauan dan sebagai peringatan untuk semua.

“Jangan marah ya, ini hanya gurauan. Kepada rakyat Malaysia, hormatilah perintah kerajaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Ashraf merupakan selebriti ketiga disahan positif COVID-19 selepas Puetri Aishah dan PU Riz.

Difahamkan Ashraf baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Heheh.. jangan marah yer.. ini hanya gurauan.. kepada rakyat Malaysia, hormatilah perintah kerajaan. Sekejap jer nih... yer memang byk masalah yg kita hadapi tp inilah dugaan Allah dan pasti ada hikmahnya. InsyaAllah.. nnti kita akan dapat hidup mcm biasa seperti sebelum ini. InsyaAllah.. sabar skit lagi.. #stayathome

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

#pelakon #Ashraf Muslim #Pelakon #COVID-19