Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Kali Ini Rasa Macam Mudah” - Mia Ahmad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Kedua

Mya Amri 26/02/2020 | 14:02 MYT
Pelakon Mia Ahmad berkongsi pengalaman hamil anak kedua.
Menurut Mia, kehamilan kali ini agak berbeza dan lebih mudah.
Mia berkongsi perkara itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
“Anak bujang mommy ni dah lama mommy tak dukung dia jadi terasa betul beratnya nak dukung dia.
“Awal kehamilan haritu Mia bleeding doctor cakap maybe sebab terlampau aktif pastu naik basikal bawa Issa tu pula kat belakang.
“Tak tahulah hamil kali ni macam rasa mudah sangat, tak rasa macam mengandung sebab tu lah aktif buat itu ini.
“Issa pun baik sangat kecuali masa dia nak wean off dulu tu je.
“Alhamdulillah... Harap urusan bersalin dan berpantang nanti pun Allah permudahkan. Insya-Allah,” tulisnya.

Anak bujang mommy ni dah lama mommy tak dukung dia so terasa betul beratnya nak dukung dia. Early pregnancy haritu Mia bleeding doctor cakap maybe sbb terlampau active pastu naik bicycle carry Issa tu pula kat belakang. ? . . I don’t know lah pregnancy kali ni macam rasa smooth sgt, tak rasa macam pregnant sbb tu lah active buat itu ini.. Issa pun baik sangat except time dia nak wean off dulu tu je ?. Alhamdulillah... Harap urusan deliver and confinement nanti pun Allah permudahkan. InsyaAllah... ??? . . Mommies yang anak ada masalah berat badan boleh cuba minum susu @rayyansusukambinhq

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Mia bakal melahirkan anak keduanya pada Jun nanti.
Pelakon drama Jejak Karmila itu mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada September 2018.
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon
;