,
Hiburan

"Kali Ini Saya Sangat Merasai Kebahagiaan," Fasha Sandha Sebak Di Majis Berinai

Badrul Hashim
28/03/2019
03:50 MYT
Bergenang air mata ketika Fasha Sandha ditanya tentang perasaannya ketika ini.
"Kali ini saya sangat merasai kebahagiaan menuju alam perkahwinan. Kali ini bila ada restu, saya dapat rasakan kebahagiaan itu.
"Restu daripada keluarga Aidil dan keluarga saya sendiri. Jangan salah anggap, saya tidak bercakap tentang cerita lama, tapi tentang yang sekarang ini.
"Restu itu yang diperlukan untuk setiap wanita," ujar Fasha dalam nada gembira bercampur sayu.
Menurut Fasha dia gembira kerana Allah SWT membuka hatinya untuk menerima seseorang yang baru dalam hidupnya.
"Lebih tiga tahun saya menjadi ibu tunggal dan saya menjalankan kewajipan saya sebaik mungkin.
"Saya selesa dengan gelaran janda, bukan bangga tetapi selesa kerana walaupun ramai yang beranggapan tidak baik pada gelaran tersebut, untuk saya gelaran janda ini melambangkan kekuatan seorang wanita atau seorang ibu tunggal.
"Alhamdulillah saya berjaya menjadi ibu yang baik untuk anak-anak saya selama saya menjadi janda. Saya bekerja keras untuk anak-anak dan tidak pernah menganggap gelaran tersebut sesuatu yang tidak baik," ujar Fasha.
Ditanya mengenai persiapan perkahwinannya, Fasha ketawa kecil sambil memberitahu ianya belum lagi 80% siap kerana banyak perkara yang dia ingin lakukan sendiri.
"Tarikhnya insya-Allah kalau tidak ada apa aral, hujung bulan Mac ini. Bila dah jadi baru saya kongsi, tapi memang perancangannya hujung bulan ini.
"Ada ramai pihak yang nak taja majlis resepsi di Kuala Lumpur, tapi saya rasa mungkin tak buat. Cukuplah yang akan di buat di Perlis dan di Rembau," tambah Fasha.
Kata Fasha lagi, Majlis berinai merupakan idea pihak pengurusannya, Mind Order kerana tidak ada majlis resepsi di Kuala Lumpur.
"Ada majlis berinai ini rasa dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga saya dan keluarga Aidil, berkenalan dulupun sekejap, kemudian bertunang, dan majlis ini buat kami lebih mengenali antara keluarga.
Walaupun sekadar Majlis Berinai, Fasha agak terkejut dengan respon yang diberikan. Menurutnya lagi, majlis itu sekadar untuk ahli keluarga, teman-teman rapat serta beberapa orang ahli kelab peminat yang telah bersamanya lebih sepuluh tahun.
Untuk majlis pernikahannya nanti akan dibuat di masjid dan dibuat secara tertutup untuk ahli keluarga sahaja.
"Sebab itu saya tak boleh beritahu semua perkara sekarang ini. Begitu juga dengan hantaran dan mas kahwin, buat masa ini biarlah dirahsiakan dulu. Lepas majlis nanti kami akan kongsikan.
"Kemudian kami akan berbulan madu di Langkawi. Berdua! Tanpa anak-anak," seloroh Fasha.
Menurut Fasha, buat masa sekarang dia tidak memikirkan untuk berbulan madu di luar negara walaupun banyak pihak yang mahu menaja.
Fasha dan Aidil juga ingin mengucapkan terima kepada peminat-peminat yang sentiasa mendoakan mereka, mendoakan kebahagiaan dan jodoh yang berkekalan.
Pada majlis berinai itu juga Amelina turut menyumbangkan beberapa buah lagu buat bakal pengantin.
Malah, Fasha turut sama menari bersama kumpulan penari untuk memeriahkan lagi majlis yang cukup indah dan santai itu.
Pada masa yang sama, sambutan surprise hari lahir Fasha turut diadakan. Fasha yang menyambut hari lahirnya hari ini, 28 Mac diraikan dengan kek pemberian Aidil sendiri, pihak pengurusan, kelab peminat serta penaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kerap Kongsi Foto Bertudung, Fasha Sandha Rasa Diri Banyak Kekurangan - “Saya Faham Ramai Sukakan…”

gempak
12/11/2024
02:55 MYT
Perkongsian foto dan video di laman sosial memperlihatkan pelakon Fasha Sandha mengenakan hijab mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Hiburan

Bimbang Lihat Rakan Artis Bercerai, Fasha Sandha & Aidil Aziz Hanya Doa Terbaik - “Betul, Menakutkan Tapi Semua Itu…

gempak
10/11/2024
02:55 MYT
Ramai pasangan selebriti yang mengambil keputusan untuk bercerai sehingga memberi impak yang negatif terhadap industri seni dan menyebabkan ada pihak berpendapat ia seolah-olah sudah menjadi trend.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

gempak
14/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pendapatnya berkaitan pengakhiran kisah rumah tangga sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Hiburan

Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan Rumah Tangga Fazura - “Saya Juga Pernah Lalui Kegagalan…”

gempak
28/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Fasha Sandha gagal menahan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga sahabatnya iaitu aktres Nur Fazura.
Unitar