Hiburan
Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Rutin harian
Menerusi perkongsian di Instastory, Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz memberi peringatan kepada pengikutnya tentang ganjaran yang diperoleh jika menjadikan selawat sebagai rutin harian.
“Jom sama-sama kita cuba amalkan selawat yang sangat ringkas tapi sangat besar fadilatnya. 1,000 kali setiap hari selama 40 hari tanpa putus.
“Dan azamkan semoga Allah izinkan kita beramal sampai hati kita dijemput kembali kepadaNya,” kongsinya.
Sebar kebaikan
Pelakon kelahiran Singapura itu juga menjelaskan tidak perlu menunggu diri menjadi lebih baik untuk menyebarkan kebaikan.
“Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan. Dengan sebarkan kebaikan, kita minta Allah jadikan kita semua orang yang baik,” ujarnya.
Sebelum ini, pelakon Ruhainies juga memberitahu dia kini mahu menyempurnakan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Rujuk? Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Terima Kasih Di Atas…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"
Must-Watch Video