gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Saya Cemburu Tengok Lelaki Pandai Masak" - Hafiz Mahamad Cuba-Cuba Buat Pizza, Tak Sangka Feedback Cakap Sedap!
HIBURAN
Kmy Kmo Mohon Doa, Sebak Anak Diuji Penyakit Sejak Bayi - “Doakan Keputusan Sampel Cecair Tulang Belakang Jabbar Negatif Dari Segala Kuman…”
HIBURAN
Panik! Nadeera Zaini Hampir Hilang 169,000 Pengikut Instagram - “Tergamak Dia Kata Saya…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Kali Terakhir Jumpa Sebab Masalah Disiplin” - Joe Flizzow Kenang Zaman Sekolah, Ucap Terima Kasih Pada Guru

Mya Amri
Mya Amri
30/11/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
“Kali Terakhir Jumpa Sebab Masalah Disiplin” - Joe Flizzow Kenang Zaman Sekolah, Ucap Terima Kasih Pada Guru
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow melahirkan rasa gembira apabila terserempak dengan pengetua sekolahnya sewaktu menghadiri sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Joe mengimbas kembali kenangan bersama pengetua sekolahnya, Puan Jamilah Rahmat.
Menurut Joe, kali terakhir bertemu dengan Puan Jamilah adalah dipejabatnya kerana dipanggil disebabkan masalah disiplin.
“Terserempak dengan bekas pengetua Sekolah Menengah Subang Utama, Puan Jamilah Rahmat di sebuah majlis perkahwinan.
“Dia mengingatkan saya yang kali terakhir kita ‘bersemuka’ adalah ketika saya dipanggil ke pejabatnya kerana masalah disiplin.
“Saya terkesima dia mengingati setiap setiap detail yang berlaku pada hari tersebut,” kongsinya.
View this post on Instagram
A post shared by Joe Flizzow (@flizzow)
Menerusi hantaran yang sama, Joe juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang bergelar guru kerana mencurahkan ilmu kepada pelajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
“Sekalung rasa sayang untuk semua guru-guru yang telah memberikan kami ilmu pengetahuan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Dia menceriakan hari saya apabila berkata ‘awak menjadi seorang yang bagus, lebih daripada itu. Nakal tak apa, jahat jangan’. Terima kasih cikgu,” coretnya.
Dalam perkembangan terkini, Joe mengambil inisiatif melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris kepada orang ramai secara percuma.
BACA: Joe Flizzow Dah Lama Tak Digelar ‘Poyo’ Sebab ‘Speaking English’
Projek Start Your English Journey With Joe Flizzow menawarkan aplikasi pembelajaran, SOLS Edu yang memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai terutama generasi muda untuk belajar bahasa Inggeris.
Topic Berkaitan
#Joe Flizzow
#Cikgu
#Pengetua Sekolah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement