Laman Utama

Joe Flizzow Dah Lama Tak Digelar ‘Poyo’ Sebab ‘Speaking English’

gempak
Syafiqah Jalal
28/10/2021
11:38 MYT
Sponsor Banner
Joe Flizzow Dah Lama Tak Digelar ‘Poyo’ Sebab ‘Speaking English’
Penyanyi rap popular, Joe Flizzow akui dia belum pernah digelar ‘poyo’ apabila sering menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya.
Menurut Joe Flizzow yang lebih selesa bertutur dalam bahasa tersebut setakat ini dia berdepan dengan masyarakat yang lebih berfikiran terbuka.
“Setakat ini dah lama saya orang tak panggil saya ‘poyo’. Mungkin saya sudah menjadikan ia sebagai bahasa biasa dalam kehidupan seharian.
“Lagipun saya dibesarkan oleh ibu bapa yang pernah bekerja sebagai penulis. Ibu saya akan selalu memperbetulkan kesalahan bahasa saya.
“Pun begitu, tak dinafikan kadang-kadang struktur bahasa dalam lagu yang saya tulis banyak silap. Ibu ada tegur tapi saya tak pernah rasa tersinggung,” katanya kepada Astro Gempak.
Joe berkata demikian pada sidang media secara virtual aplikasi SOLS Edu yang menawarkan program pembelajaran yang merangkumi kemahiran Asas Bahasa Inggeris Untuk Pekerjaaan (Work Essential English).
Tegas Joe, dia juga tidak setuju jika ada sesetengah pihak yang suka memalukan orang yang cuba untuk berbahasa Inggeris tetapi mempunyai kesilapan dalam tatabahasa dan sebagainya.
Sebaliknya, kata Joe masyarakat tidak patut mentertawakan jika ada sesiapa yang cuba belajar bertutur dalam bahasa Inggeris namun membuat kesilapan.
“Bagi saya tak patut untuk gelakkan mereka yang cuba untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Melainkan ia dalam konteks formal seperti hos atau pengacara dalam acara rasmi dan sebagainya kerana mereka sepatunya perlu professional dalam bidang mereka.
“Saya selalu percaya jika kemahiran Inggeris mereka tak sempurna mengapa mereka hendak cuba bercakap dalam bahasa itu,” katanya lagi.
Justeru, Joe memberitahu dengan aplikasi SOLS Edu semua orang boleh belajar bahasa Inggeris tanpa rasa malu.
“Dengan aplikasi ini saya rasa sesiapa pun tidak akan malu untuk belajar Bahasa Inggeris. Ia sangat mudah hanya membuka aplikasi ini dan dengar menggunakan headphone tanapa sesiapa tahu anda sedang mempelajarinya.
“Bagi saya aplikasi ini sesuai untuk semua serta mudah difahami serta tanpa tekanan. Saya akan menjadi moderator yang akan mengajar bahasa ini untuk cepat faham,” ujarnya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live