,
Gaya Hidup

Kambing Golek Murah, Hanya RM9.00 Bersama Nasi

Ahmad Shah
14/04/2016
05:44 MYT
Bila sebut sahaja kambing bakar atau kambing golek, pasti kita teringatkan buffet di hotel mewah ketika bulan Ramadan bukan?
Tapi pernah tak anda terfikir untuk menikmatinya ketika makan tengahari pada hari biasa dengan harga yang jauh lebih murah?
Jika ya, kini anda tidak perlu susah-susah tunggu bulan Ramadan untuk menikmatinya kerana ia boleh dinikmati bila-bila masa di gerai makan yang sempoi, Warung Kambing Bakar Ayam Penyet Sahara, Jalan Kasim, Meru, Klang.
Kunjungan Suudu ke sana baru-baru ini sangat mengejutkan kerana ramai pengunjung yang berbaju kemeja dan formal sudah memenuhi kedai tersebut untuk menikmati daging bakar ketika lunch time mereka.
Penulis berpeluang merasa set hidangan kambing bakar bersama nasi putih. Set Kambing bakar yang berharga RM9.00 itu memang mengancam! Dagingnya yang lembut dan manis disempurnakan dengan sos kicap pedas.
Menariknya warung ini, hidangan kambing bakar tidak dihidang waktu makan tengahari sahaja tetapi sudah mula dijual bermula jam 11 pagi hingga 12 malam.
Jadi kepada pengunjung yang tak berpeluang untuk ke sana pada waktu saing kerana lokasinya yang agak jauh daripada Kuala Lumpur, anda boleh pergi selepas waktu kerja.
Pemilik gerai, Supriyadi Sukardi memberitahu resipi kambing bakar itu adalah ilhamnya sendiri dan tidak sangka ia mendapat sambutan luar biasa.
Selain kambing bakar, gerai tersebut turut menjadi tumpuan kerana Ayam Penyet dan Burung Puyuh yang ditawarkan dalam menu mereka.
Menurut Supriyadi , selalunya pelanggan akan menelefon terlebih dahulu untuk menempah tempat duduk kerana warungnya sentiasa penuh.
Kalau anda nak tahu, selain rakyat tempatan, kedai ini sering menjadi tempat sasaran sekiranya pelancong dari Jepun, Korea dan Amerika Syarikat datang ke Malaysia.
Malah, ketika kunjungan penulis baru-baru ini pun...Kerabat Diraja dari sebuah negeri turut menikmati kambing bakar di warung Supriyadi!
Tunggu apa lagi...Selamat mencuba!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Nak Jadi Menantu Saya Kena Pandai Buat Kerabu Daging Mentah Ni” – Raja Azura

gempak
13/08/2019
08:34 MYT
Suudu

Resepi ‘Ikan Maharaja Masak Merah Dengan Sos Masam Manis’ Yang Menjadikan Anak Malaysia Ini Juara Masterchef Australia 9

gempak
13/09/2017
13:47 MYT
Viral

Giliran Nasi Lemak Hello Kitty Pula Tular

gempak
14/07/2017
03:36 MYT
Suudu

Biskut Ulat Comel Viral, Ada Ke Yang Sampai Hati Nak Makan?

gempak
19/06/2017
06:37 MYT
Viral

Tak Tahu Nak Makan Apa Berbuka Nanti? Nah...Fatimah Ajar Buat Akok

gempak
14/06/2017
10:17 MYT
Unitar