Pelakon jelita, Erra Fazira akui impak jenama Gerak Khas dalam industri hiburan sangat kuat selama 21 tahun menghiburkan penontonnya.

Menurut Erra meskipun dia baru lima tahun menjadi warga Gerak Khas, namun ia turut memberi kesan ke dalam diri dan kehidupannya.

“Saya akui saya antara pelakon yang baru menyertai team Gerak Khas berbanding yang lain.

“Namun bila dapat tahu ia bakal ditamatkan saya sendiri agak sedih kerana bukan sahaja sahaja malah ramai lagi yang membesar dengan drama ini sejak kecil lagi.

“Mana tidaknya, saya boleh katakan ia siri paling lama dalam sejarah Malaysia malah siapa tahu di peringkat dunia?,” katanya kepada Gempak.

Drama bersiri paling lama bersiaran di Malaysia itu telah melabuhkan tirai pada 27 Mac lalu.

Dalam pada itu, Erra akui seluruh pelakon dan produksi turut bersedih ketika melakonkan babak akhir atau perpisahan dalam Gerak Khas.

“Kalau nak tahu, apa yang dilihat dalam babak akhir ketika perpisahan itu, kami betul-betul sedih dan menangis dan menganggap ia majlis perpisahan sebenar.

“Saya pasti Gerak Khas bukan sahaja dirindui oleh penonton malah seluruh pelakon dan produksi.

“Saya percaya walapun Gerak Khas sudah tamat, namun konsep yang sama akan dibawa oleh produksi lain supaya cerita-cerita sebegini dapat diteruskan lagi,” ceritanya lagi.

Sekadar info, selain Erra Fazira drama yang diterbitkan oleh Skop Production itu turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Norman Hakim, Abby Abadi, Zul Ariffin dan ramai lagi.