Hiburan

"Kami Bukan Asyik Nak Berkepit Kat Set" - Zahirah, Aiman Profesional

gempak
Amri Hassan
23/05/2019
09:44 MYT
Sponsor Banner
"Kami Bukan Asyik Nak Berkepit Kat Set" - Zahirah, Aiman Profesional
Pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengamalkan sikap profesional ketika berlakon bersama ketika penggambaran drama bersiri Curi Curi Cinta.
Kata Zahirah, biarpun ramai yang skeptikal terhadap pasangan bercinta yang digandingkan berlakon bersama, mereka punyai prinsip tersendiri ketika bekerja.
"Ramai agak skeptikal terhadap hubungan kami dan menyangka kami jenis pasangan yang suka tunjuk kemesraan di set penggambaran.
"Sejujurnya kami bukan jenis pasangan yang asyik nak berkepit sampai membuatkan orang di sekeliling meluat dan rasa kurang selesa.
"Bagi kami, ketika di set penggambaran, kami lebih kepada rakan sekerja dan bukannya kekasih. Kami berlagak seperti biasa sebab itu lebih profesional," katanya kepada Gempak.
Curi-Curi Cinta mengisahkan Intan Raihana malu kerana dilahirkan dalam keluarga yang susah dan memiliki ibu buta. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya, Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.
Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel, apatah lagi bila mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza.
Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam.
Saksikan kesudahan dengan menonton drama ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live