Apabila kita bercakap tentang soal jodoh, pastinya kita akan meletakkan segala urusan di tangan Allah SWT.

Sebagai seorang manusia biasa, kita sendiri sedia maklum bahawa jodoh itu adalah ketentuan yang kita sendiri tidak tahu bila dan siapa datangnya.

Mungkin itu hal yang dialami oleh seorang guru yang dikenali sebagai Anies Hashim. Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, wanita itu mengaku yang dia kini bergelar isteri kepada anak muridnya sendiri.
@anieshashim

Jodoh Allah itu sememangnya tak pernah dapat kita duga. Allah aturkan adalah yang terbaik buat hambaNya. May Allah ease me on my 2nd marriage ??

♬ This to this - Hisokaswildcard???⛓?

Menerusi kenyataan yang ditulis di ruangan komen, Anies menafikan menjalin hubungan cinta ketika suaminya itu masih bergelar pelajar.

Kata Anies, dia hanya berjumpa semula dengan belahan jiwanya itu ketika suaminya dan pelajar-pelajar lain berjumpa buat kali pertama di majlis reunion selepas tamat persekolahan.

“Allahu, tak sangka fyp (for you page). Saya saja nak throwback kenangan. Macam mana garis masa itu berlaku. Sebab kami bukan bercinta dari zaman si dia bersekolah.

“Lepas dia habis SPM pun kami tak contact each other. Sampailah batch dia buat reunion. Dan dia pun baru tahu saya single mother,” katanya.

Tambah Anies, perbezaan umurnya dan suami adalah sebanyak 11 tahun dan dia sudah memiliki dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu.

“Jarak umur 11 tahun. Dia single, saya yang dah pernah berkahwin dan sudah mempunyai anak 2 orang,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata memberi respons positif terhadap perkongsian Anies itu.

“Umur saya 56, saya 37. Jodoh rahsia Allah SWT. Alhamdulilah bahagia sampai sekarang,” tulis seorang pengguna TikTok.

Dalam pada itu, ada juga yang meninggalkan komen bernada seloroh pada TikTok Anies.

“Aku terfikir macam mana nanti kalau lepak dengan member sekolah bawa bini sekali kemudian nak kena panggil bini dia cikgu,” tulisnya.