Berita

"Kami Bukan Ingin Berahsia, Namun ...." - Ini Jawapan Hairul Azreen Mengenai Jantina Anak Kedua

Rozaimi Zubaidi
25/04/2019
01:14 MYT
Pelakon Hairul Azreen mengakui dia dan isterinya, Hanis Zalikha sudah mengetahui jantina anak kedua.
Menurut Hairul, buat masa sekarang dia belum mahu mendedahkan jantina anaknya sebaliknya ingin mengumumkan kepada orang ramai selepas isterinya selamat bersalin.
"Kami sudah tahu jantina anak dalam kandungan, namun memilih untuk mengumumkan kepada orang ramai selepas Hanis selamat bersalin.
"Kami bukan ingin berahsia namun biarlah bila semuanya telah selesai baru kami kongsikan kepada semua orang.
"Bukan kami ingin berahsia dengan semua, namun itu merupakan keputusan daripada saya dan isteri.
"Jadi kami berharap agar orang ramai dapat menghormati keputusan yang telah dibuat oleh kami," katanya kepada Gempak.
Hairul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikan Hanis sebagai duta Happikiddo, di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hanis dan Hairul telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.
Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua pada bulan Mei ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.