Laman Utama

“Kami Dah Biasa Tiap-Tiap Tahun” - Makan Roti Canai Ketika Banjir, Ada Pula Netizen Tanya Tak Geli Ke?

Hanafis Haris
01/03/2022
12:54 MYT

Nahas banjir yang melanda beberapa kawasan sekitar Terengganu dan Kelantan baru-baru ini ternyata menjejaskan ramai penduduk sekitar.

Menerusi gambar yang tular, banyak rumah dan kenderaan musnah akibat paras air yang semakin meningkat.

Namun, dalam pada ramai yang tertekan dengan bencana tersebut, muncul pula sebuah video memaparkan seorang peniaga menebar roti canai ketika banjir.

Menerusi video berdurasi lapan saat dimuat naik di TikTok itu, orang ramai dilihat mengerumuni peniaga tersebut untuk menikmati dan bersarapan roti canai.

“Ini baru roti canai kuah banjir,” tulis pemilik video berkenaan.

Pun begitu, biarpun ramai yang memuji usaha peniaga tersebut membuka kedai makan di saat banjir, masih ada yang membangkitkan isu kebersihan.

Menurut beberapa netizen, makan di kawasan berair adalah tidak bagus kerana boleh menyebakan penyebaran bakteria.

Lebih teruk lagi, ada pula netizen yang bertanya sama ada pelanggan tidak berasa geli makan dalam keadaan berair.

“Tak geli ke bro, semua benda dalam air,” tulis netizen berkenaan.

Tampil membalas komen tersebut, pemilik akaun itu menyatakan dia langsung tidak berasa geli sebaliknya lebih berselera.

“Alhamdulillah, tak geli pun lagi berselera adalah.

“Kami dah biasa tiap tahun begini,” jelasnya.

Sekadar info, bencana banjir yang berlaku di Kelantan dan Terengganu sejak minggu lalu dijangka berlarutan bagi beberapa hari lagi.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, air banjir yang melimpah memerlukan tempoh untuk surut atau mengalir ke hilir sungai dan seterusnya ke laut.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Hiburan

Adidas Mohon Maaf Pada Bella Hadid - "Kami Melakukan Kesilapan Yang Tidak Disengajakan"

gempak
25/07/2024
02:30 MYT
Syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas memohom maaf kepada supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Viral

"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

gempak
24/07/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X surat layang yang didakwa dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.