Hiburan
“Kami Hormat Keputusannya“- YG Entertainment Sahkan CL Tinggalkan Agensi
Agensi terkemuka Korea, YG Entertainment mengesahkan kontrak bersama bekas anggota kumpulan 2NE1, CL telah tamat.
Berita itu diumumkan YG Entertainment menerusi kenyataan rasmi kepada media hari ini.
“Hello ini adalah YG Entertainment. Demi menghormati keputusan kedua-dua belah pihak, kami telah mencapai persetujuan bersama CL berkenaan dengan kontrak eksklusifnya.
“Dengan rasa hormat, kami sangat berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dan menyayangi CL sepanjang dia menjadi artis di bawah naugan YG.
“Selepas debut bersama 2NE1 pada tahun 2009, CL dipromosikan sebagai seorang ketua dan juga rapper untuk kumpulan ini selain menjadi trend muzik dan fesyen.
“Dia juga meninggalkan sejarah dalam industri muzik sebagai penyanyi solo wanita Korea pertama yang memasuki carta Billboard Hot 100 pada Oktober 2016.
“Kami harap anda akan terus memberikan sokongan dan perhatian kepada CL pada masa akan datang dan kami juga berjanji akan terus memberikan semangat kepadanya, terima kasih” ujarnya.
Terdahulu, menurut laporan eksklusif dari Sports Today, CL dilaporkan meninggalkan YG Entertainment selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dengan terma kontrak baru.
Sumber: Koreaboo / Allkpop
Must-Watch Video