Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Kami Janji Follow SOP” - Netizen Tak Keruan Tan Sri Muhyiddin Umum Boleh Rentas Negeri Selewat-Lewatnya…

Hanafis Haris
28/09/2021 02:00 MYT

Selepas dikejutkan dengan penurunan kes mendadak Covid-19 yang hanya sekitar 10,000, rakyat Malaysia sekali lagi menerima satu perkhabaran gembira.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, rentas negeri berkemungkinan dibenarkan pada Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Muhyiddin ketika berlangsungnya mesyuarat MPN semalam.

"Berdasarkan kepada data, kadar vaksinasi sudah meningkat hampir ke 90 peratus.

"Kemungkinan dibenarkan rentas negeri dalam Oktober sama ada awal atau selewat-lewatnya pertengahan Oktober.

"Jadi bolehlah pergi merayau ke mana-mana di Malaysia ini tetapi sentiasa ingat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Kementerian Kewangan, semalam.

Pengumuman tersebut kemudian membuat ramai netizen ‘berpesta’ di media sosial meraikan berita gembira tersebut.

Rata-rata mereka percaya tidak lama lagi, orang ramai boleh melepaskan rindu pulang ke kampung halaman.

“Silap-silap 1 Oktober ni kerajaan umun weh, doa-doalah”.

“Happy kes makin turun, now katanya dah nak boleh rentas, syukur Alhamdulillah”.

“Kami janji akan follow SOP,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan `dalam beberapa minggu lagi'.

Ismail Sabri berkata ini kerana sehingga Rabu lalu (22 September), 81 peratus populasi dewasa dalam negara sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90 peratus untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

Untuk rekod, semalam negara mencatatkan sebanyak 10,959 kes menjadikan jumlah itu adalah yang terendah sejak Julai lalu.

BACA: COVID-19: 10,959 Kes Terendah Sejak Julai! Ramai Ucap Syukur - “Alhamdulillah Ada Sinar”


 
#Muhyiddin #Yasin #Rentas negari”, Viral,